Tuesday, May 22, 2012

Tips - Keperluan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Perasaan gembira pastinya menyelubungi para ibu dan bapa apabila waktu kelahiran sudah hampir tiba. Lebih-lebih lagi jika menyambut kelahiran pertama. Ia merupakan sautu perasaan yang sukar digambarkan. Mana taknya, kita akan berjumpa dengan zuriat kita sendiri untuk pertama kalinya! Jadi pasti akan terselit rasa gementar dan risau tentang keperluan asas manusia baru itu, kan?
Saya dah dapatkan senarai asas ini melalui carian internet dan berdasarkan pengalaman rakan-rakan. Harap ia akan berguna untuk anda, dan untk saya juga!
Jadi apa yang kita perlukan untuk si manja? Mari kita periksa satu persatu ya? 

Pakaian Bayi
  • Sarung tangan 6
  • Sarung kaki 6
  • Topi 2
  • Baju baju lengan panjang 6
  • Baju lengan pendek 6
  • Seluar panjang 6
  • Seluar pendek 6
  • Barut bayi 6 
* Pakaian bayi tidak seharusnya begitu banyak, kerana kita mungkin akan dapat tambahan 2 atau 3 pasang dari kawan-kawan atau saudara mara yang datang melawat. Tapi janganlah terlalu mengharap pula ya? hehehe.... 

Lampin Bayi
  • Lampin pakai buang/lampin moden 10 atau secukupnya
  • Napkin 10 atau secukupnya
  • Tisu Basah 2 paket
  • Krim ruam lampin
Penjagaan Bayi
  • Tuala mandi 2
  • Tuala muka 4
  • Sabun bayi 1
  • Syampu bayi 1
  • Besen mandi 1
  • Losyen bayi 1
  • Bedak bayi 1
  • Minyak bayi 1
  • Sikat bayi 1
  • Pemotong kuku 1 (kecil)
  • Putik kapas secukupnya
  • Bebola kapas secukupnya
  • Lapik getah 1
Kelengkapan Tidur Bayi
  • Kelambu bayi 1
  • Bantal kepala 1
  • Bantal Peluk 2
  • Tilam 1
  • Selimut 1

Pemakanan 
  • Tarmos 1
  • Botol susu 2
  • Puting botol susu secukupnya
  • Botol Sterilizer 1
  • Berus pencuci botol 2
  • Cecair khas utk bersihkan botol susu
  • Nipple cream
  • Breast pump (jika perlu)
Jadi bagaimana? Semua senarai ini menepati jangkaan anda? Ini hanya sekadar anggaran sahaja. Semuanya bergantung kepada tahap penggunaan kita. 
Perlu diingatkan supaya jangan membeli baju bayi dan lampin bersaiz newborn terlalu banyak kerana bayi kita membesar dengan begitu cepat. Biar sedikit, asalkan tidak membazir. 
Selamat membeli! 

Sumber: http://cahayacinta.com
              http://ainazliena.blogspot.com

Friday, May 11, 2012

Info - Kembung Perut Pada Bayi


Bayi menangis di waktu malam memang merunsingkan kita. Bayi biasanya akan menangis apabila kembung perut. Ini disebabkan angin yang memasuki perut.

Kenalpasti Simptom

Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa anda ketahui sebabnya dengan jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda biasanya bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan. Apabila perut bayi kembung, bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.

 

Penyebab kembung

 

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kes sebegini. Antaranya : 
  • Alahan terhadap laktosa (biasanya terdapat dalam susu)
  • Ketidakmatangan usus. Keadaan usus yang kurang matang akan menyebabkan pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna. Ini akan menyebabkan angin akan lebih mudah memasuki perut.
  • Amalkan kaedah sendawa dengan betul selepas meyusukan bayi tidak kira sama ada menyusu badan atau botol.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut kerana bayi tidak mendapat udara yang bersih.
  • Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi.
  • Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

 

Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?

 

Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayi anda. Dan ini akan menganggu urusan harian anda. Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita yang bekerja.

Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?

 

Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Tidak ada rawatan khusus untuk perut kembung. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor akan memberi ubat dimethicone bagi mengurangkan simptom kembung. Anda boleh mengamalkan langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi ini di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising dan cubalah bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat. jangan menyapu minyak angin kepada bayi terlalu kerap kerana kulit bayi yang lembut masih kurang sesuai untuk disapukan minyak angin.

Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?

 

Jika bayi anda mengalami simptom-simptom berikut :
  • Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan.
  • Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda tiba-tiba demam.
Bawalah bayi anda berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?

 

  • Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul.
  • Gunakan saiz puting yang sesuai.
  • Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak memudaratkan
  • Bawalah bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda mengalami kembung lebih dari seminggu.

Sumber : cybermedik.com

Thursday, May 10, 2012

Info - Elakkan Bayi Anda Dari Tersedak Susu


Awal tahun 2012 ni kita dikejutkan dengan beberapa kes bayi meninggal akibat tersedak susu (betul ke?). Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada kes macam ni. Baik kes terjadi kat rumah ataupun kat rumah pengasuh (nursery). Bila dah jadi kes macam ni, masing-masing mesti tak senang duduk. Risau 25 jam. 

First of all, kita kena tahu, apa sebab bayi boleh tersedak susu? Pernah dengar orang dewasa tersedak air? Mesti pernah kan? Kalau orang dewasa yang dah berpuluh tahun pengalaman minum air pun boleh tersedak, inikan pula budak keil yang baru je beberapa bulan tengok dunia. So, dari pembacaan saya dari akhbar, berikut antara sebab-sebabnya :
  • Bayi terus tertidur semasa minum susu - Ini adalah faktor yang paling penting. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. 
  •  lubang puting botol yang terlalu besar - menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  • Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
  • Si pemberi susu mengantuk - jika anda tertidur ketika menyusukan bayi anda, anda tidak dapat merasakan yang bayi anda sedang minum dengan betul. Jadi kemungkinan bayi untuk tersedak amatlah tinggi!
Bagaimana cara yang betul menyusukan bayi?
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sebaiknya jangan pilih puting berlubang biasa,. Pilihlah puting berlubang pangkah supaya kadar pengaliran susu tidak terlalu laju.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi supaya tiada angin masuk ke mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Jadi, jika ada sesuatu berlaku pada bayi anda, anda dapat mengetahuinya lebih awal!
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur, walaupun bayi anda sudah mengantuk dan memejamkan matanya.Jangan risau sekiranya bayi anda akan hilang rasa mengantuk jika anda mengangkatnya. Selalunya, bayi akan tetap rasa mengantuk kerana mereka sudah pun kenyang susu. jika kita kenyang, pasti kita pun akan turut rasa mengantuk bukan? Begitu juga bayi.
  • TOLONG jangan tinggalkan bayi anda menyusu sendirian kerana bayi tidak tahu memegang botol dengan betul. Pegangkan botol untuknya bagi memastikan kejadian tidak diingini tidak berlaku. Apalah salahnya bersusah sedikit, asalkan bayi anda selamat dan kenyang. Kan?
Semoga bermanfaat!

Sumber : scaniaz.blogspot.com

(Tips) - Finger Food Untuk Anak Anda?



Anda suka memberikan finger foods kepada bayi anda? Finger food bermaksud makanan yang diberi kepada bayi apabila bayi boleh memegang objek dengan menggunakan tangannya sendiri. Kebanyakan bayi berumur 8 hingga 10 bulan sudah boleh diberikan finger food ini. Ia diberikan adalah berujuan untuk menambahkan tenaga dan zat  kerana bayi di peringkat ini memerlukan banyak nutrien bagi tujuan tumbesaran. Tetapi harus diingat bahawa anda tidak boleh memberikan finger food sewenang-wenangnya kepada bayi anda kerana di peringkat usia sebegini, bayi akan memasukkan apa saja objek yang dipegangnya. Jadi anda haruslah mengikut cara yang betul. Di antara ciri-ciri bayi yang boleh diberikan makanan finger food ialah:

1. Apabila bayi boleh merangkak dan berdiri tanpa sokongan.

2.Memegang dan menggenggam objek dengan baik menggunakan tangan.

3.Boleh mencubit atau boleh mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk.

4.Boleh mula minum dengan cawan.

5. Boleh mengigit dengan baik.

6.Menunjukkan minat pada hidangan makanan. Jangan berikan finger food jika bayi masih belum mengenal erti makanan.

7. Dua gigi hadapan telah tumbuh. Ini bagi memastikan bayi boleh mengunyah dengan sempurna sebelum makanan sampai ke dalam perut.

Berikan bayi anda makanan finger foods seperti buah-buahan mentah yang lembut, biskut / roti yang lembut. Potongan ikan/ ayam/daging yang lembut juga boleh diberikan. Pastikan makanan tersebut dipotong kecil-kecil supaya mudah dipegang dan lembut agar bayi anda tidak tercekik.

Sumber : http://pakarpemakanan.wordpress.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...