Thursday, January 17, 2013

Tips Bayi Tidur Lena

Menjadi ibu bapa merupakan suatu perasaan yang sukar digambarkan. Apatah lagi menimang cahaya mata pertama. Namun semua kegembiraan itu semakin menipis jika kita tidak mampu bersabar dengan karenah manusia kecil itu. Manakan tidak, waktu rehat dan tidur kita sering terganggu jika si kecil asyik terjaga dari lena. Terutama sekali di waktu malam. Kadang kadang waktu makan pun terpaksa dikorbankan.

Penulis juga sedang merasakan perasaan itu sekarang setelah kelahiran Arish Faeeq Afza .


Berikut adalah beberapa tips bayi tidur lena:

1. Urutan tubuh – teknik ini bukan sahaja berkesan kepada orang dewasa, bayi juga turut merasa selesa dan nyaman apabila diurut dan ini dapat membantu bayi mudah tidur. Urutlah bayi anda sebelum tidur dan insyaAllah dia akan tidur dengan lebih mudah.

2. Dodoikan bayi dengan lembut – Sentuhan ibu bapa memainkan peranan penting untuk membuatkan bayi selesa. Lagu yang lembut, dan tidak terlalu kuat (lagu zikir contohnya) juga boleh membantu bayi lelap. (Ternyata berkesan kerana Arish Faeeq amat sukakan alunan zikir)

3. Balutan atau bedung – Teknik ini dapat membantu bayi berasa selamat ketika tidur dan mengelakkan daripada berlaku kejutan atau gangguan seperti tersentak tubuh atau tangan. Pastikan balutan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu tebal. Kain lampin adalah contoh yang sesuai.

4. Tetapkan rutin tidur – Latih anak anda untuk tidur pada waktu yang ditetapkan, mengikut jadual. Ini membantu bayi tidur lena apabila tiba waktu malam jika waktu siang tidak banyak tidur.

5. Pengcahayaan persekitaran – Ini juga penting. Setiap kali saya buka lampu waktu malam untuk menukar lampin, pasti anak saya berkerut matanya kerana silau. Pastikan lampu bilik cukup gelap untuk memudahkan bayi tidur.

6. Elakkan ransang bayi – Mainan, bunyi televisyen atau radio boleh menyukarkan bayi untuk tidur. Pastikan keadaan sunyi dan cukup selesa untuk bayi tidur lena.

7. Pastikan tempat tidur selesa – Pastikan tempat tidur bayi selesa dan selamat daripada habuk, tiada serangga seperti semut atau nyamuk dan tidak lembap atau basah. Keadaan suhu pula tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Barulah selesa!


Sumber : Blog mr.muhaim.in


Tuesday, May 22, 2012

Tips - Keperluan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Perasaan gembira pastinya menyelubungi para ibu dan bapa apabila waktu kelahiran sudah hampir tiba. Lebih-lebih lagi jika menyambut kelahiran pertama. Ia merupakan sautu perasaan yang sukar digambarkan. Mana taknya, kita akan berjumpa dengan zuriat kita sendiri untuk pertama kalinya! Jadi pasti akan terselit rasa gementar dan risau tentang keperluan asas manusia baru itu, kan?
Saya dah dapatkan senarai asas ini melalui carian internet dan berdasarkan pengalaman rakan-rakan. Harap ia akan berguna untuk anda, dan untk saya juga!
Jadi apa yang kita perlukan untuk si manja? Mari kita periksa satu persatu ya? 

Pakaian Bayi
  • Sarung tangan 6
  • Sarung kaki 6
  • Topi 2
  • Baju baju lengan panjang 6
  • Baju lengan pendek 6
  • Seluar panjang 6
  • Seluar pendek 6
  • Barut bayi 6 
* Pakaian bayi tidak seharusnya begitu banyak, kerana kita mungkin akan dapat tambahan 2 atau 3 pasang dari kawan-kawan atau saudara mara yang datang melawat. Tapi janganlah terlalu mengharap pula ya? hehehe.... 

Lampin Bayi
  • Lampin pakai buang/lampin moden 10 atau secukupnya
  • Napkin 10 atau secukupnya
  • Tisu Basah 2 paket
  • Krim ruam lampin
Penjagaan Bayi
  • Tuala mandi 2
  • Tuala muka 4
  • Sabun bayi 1
  • Syampu bayi 1
  • Besen mandi 1
  • Losyen bayi 1
  • Bedak bayi 1
  • Minyak bayi 1
  • Sikat bayi 1
  • Pemotong kuku 1 (kecil)
  • Putik kapas secukupnya
  • Bebola kapas secukupnya
  • Lapik getah 1
Kelengkapan Tidur Bayi
  • Kelambu bayi 1
  • Bantal kepala 1
  • Bantal Peluk 2
  • Tilam 1
  • Selimut 1

Pemakanan 
  • Tarmos 1
  • Botol susu 2
  • Puting botol susu secukupnya
  • Botol Sterilizer 1
  • Berus pencuci botol 2
  • Cecair khas utk bersihkan botol susu
  • Nipple cream
  • Breast pump (jika perlu)
Jadi bagaimana? Semua senarai ini menepati jangkaan anda? Ini hanya sekadar anggaran sahaja. Semuanya bergantung kepada tahap penggunaan kita. 
Perlu diingatkan supaya jangan membeli baju bayi dan lampin bersaiz newborn terlalu banyak kerana bayi kita membesar dengan begitu cepat. Biar sedikit, asalkan tidak membazir. 
Selamat membeli! 

Sumber: http://cahayacinta.com
              http://ainazliena.blogspot.com

Friday, May 11, 2012

Info - Kembung Perut Pada Bayi


Bayi menangis di waktu malam memang merunsingkan kita. Bayi biasanya akan menangis apabila kembung perut. Ini disebabkan angin yang memasuki perut.

Kenalpasti Simptom

Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa anda ketahui sebabnya dengan jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda biasanya bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan. Apabila perut bayi kembung, bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.

 

Penyebab kembung

 

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kes sebegini. Antaranya : 
  • Alahan terhadap laktosa (biasanya terdapat dalam susu)
  • Ketidakmatangan usus. Keadaan usus yang kurang matang akan menyebabkan pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna. Ini akan menyebabkan angin akan lebih mudah memasuki perut.
  • Amalkan kaedah sendawa dengan betul selepas meyusukan bayi tidak kira sama ada menyusu badan atau botol.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut kerana bayi tidak mendapat udara yang bersih.
  • Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi.
  • Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

 

Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?

 

Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayi anda. Dan ini akan menganggu urusan harian anda. Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita yang bekerja.

Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?

 

Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Tidak ada rawatan khusus untuk perut kembung. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor akan memberi ubat dimethicone bagi mengurangkan simptom kembung. Anda boleh mengamalkan langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi ini di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising dan cubalah bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat. jangan menyapu minyak angin kepada bayi terlalu kerap kerana kulit bayi yang lembut masih kurang sesuai untuk disapukan minyak angin.

Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?

 

Jika bayi anda mengalami simptom-simptom berikut :
  • Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan.
  • Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda tiba-tiba demam.
Bawalah bayi anda berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?

 

  • Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul.
  • Gunakan saiz puting yang sesuai.
  • Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak memudaratkan
  • Bawalah bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda mengalami kembung lebih dari seminggu.

Sumber : cybermedik.com

Thursday, May 10, 2012

Info - Elakkan Bayi Anda Dari Tersedak Susu


Awal tahun 2012 ni kita dikejutkan dengan beberapa kes bayi meninggal akibat tersedak susu (betul ke?). Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada kes macam ni. Baik kes terjadi kat rumah ataupun kat rumah pengasuh (nursery). Bila dah jadi kes macam ni, masing-masing mesti tak senang duduk. Risau 25 jam. 

First of all, kita kena tahu, apa sebab bayi boleh tersedak susu? Pernah dengar orang dewasa tersedak air? Mesti pernah kan? Kalau orang dewasa yang dah berpuluh tahun pengalaman minum air pun boleh tersedak, inikan pula budak keil yang baru je beberapa bulan tengok dunia. So, dari pembacaan saya dari akhbar, berikut antara sebab-sebabnya :
  • Bayi terus tertidur semasa minum susu - Ini adalah faktor yang paling penting. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. 
  •  lubang puting botol yang terlalu besar - menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  • Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
  • Si pemberi susu mengantuk - jika anda tertidur ketika menyusukan bayi anda, anda tidak dapat merasakan yang bayi anda sedang minum dengan betul. Jadi kemungkinan bayi untuk tersedak amatlah tinggi!
Bagaimana cara yang betul menyusukan bayi?
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sebaiknya jangan pilih puting berlubang biasa,. Pilihlah puting berlubang pangkah supaya kadar pengaliran susu tidak terlalu laju.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi supaya tiada angin masuk ke mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Jadi, jika ada sesuatu berlaku pada bayi anda, anda dapat mengetahuinya lebih awal!
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur, walaupun bayi anda sudah mengantuk dan memejamkan matanya.Jangan risau sekiranya bayi anda akan hilang rasa mengantuk jika anda mengangkatnya. Selalunya, bayi akan tetap rasa mengantuk kerana mereka sudah pun kenyang susu. jika kita kenyang, pasti kita pun akan turut rasa mengantuk bukan? Begitu juga bayi.
  • TOLONG jangan tinggalkan bayi anda menyusu sendirian kerana bayi tidak tahu memegang botol dengan betul. Pegangkan botol untuknya bagi memastikan kejadian tidak diingini tidak berlaku. Apalah salahnya bersusah sedikit, asalkan bayi anda selamat dan kenyang. Kan?
Semoga bermanfaat!

Sumber : scaniaz.blogspot.com

(Tips) - Finger Food Untuk Anak Anda?



Anda suka memberikan finger foods kepada bayi anda? Finger food bermaksud makanan yang diberi kepada bayi apabila bayi boleh memegang objek dengan menggunakan tangannya sendiri. Kebanyakan bayi berumur 8 hingga 10 bulan sudah boleh diberikan finger food ini. Ia diberikan adalah berujuan untuk menambahkan tenaga dan zat  kerana bayi di peringkat ini memerlukan banyak nutrien bagi tujuan tumbesaran. Tetapi harus diingat bahawa anda tidak boleh memberikan finger food sewenang-wenangnya kepada bayi anda kerana di peringkat usia sebegini, bayi akan memasukkan apa saja objek yang dipegangnya. Jadi anda haruslah mengikut cara yang betul. Di antara ciri-ciri bayi yang boleh diberikan makanan finger food ialah:

1. Apabila bayi boleh merangkak dan berdiri tanpa sokongan.

2.Memegang dan menggenggam objek dengan baik menggunakan tangan.

3.Boleh mencubit atau boleh mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk.

4.Boleh mula minum dengan cawan.

5. Boleh mengigit dengan baik.

6.Menunjukkan minat pada hidangan makanan. Jangan berikan finger food jika bayi masih belum mengenal erti makanan.

7. Dua gigi hadapan telah tumbuh. Ini bagi memastikan bayi boleh mengunyah dengan sempurna sebelum makanan sampai ke dalam perut.

Berikan bayi anda makanan finger foods seperti buah-buahan mentah yang lembut, biskut / roti yang lembut. Potongan ikan/ ayam/daging yang lembut juga boleh diberikan. Pastikan makanan tersebut dipotong kecil-kecil supaya mudah dipegang dan lembut agar bayi anda tidak tercekik.

Sumber : http://pakarpemakanan.wordpress.com

Tuesday, February 1, 2011

Info - Menanti Saat Kelahiran


Buat ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran anak anda..

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita. Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipisDoktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • www.ratuhati.com

Monday, January 24, 2011

Info - Tanda Alahan Pada Kanak-Kanak Dan Cara Mengatasinya

ALAHAN boleh berlaku kepada sesiapa saja, tanpa mengenal usia dan bangsa. Alahan adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu alah terhadap sesuatu bahan termasuk makanan seperti ketam dan sotong.

Seseorang itu boleh mengalami alahan apabila tersedut atau terhidu bahan tertentu seperti habuk atau mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan terhadap mereka.

Tanda-tanda alahan :

1) Bersin.

2) Gatal-gatal hidung.

3) Hidung tersumbat.

4) Berhingus.

5) Mata terasa gatal-gatal.

6) Mata menjadi kemerah-merahan dan seperti menangis.

7) Kadangkala batuk.

8) Lelangit terasa gatal.

9) Nafas berbunyi.

Jika anak anda mengalami alahan, ada kemungkinan ia berpunca daripada dua faktor gabungan iaitu genetik ataupun persekitaran.

Sebagai ibu bapa, jika anda ataupun suami mempunyai sejarah alahan, ini menunjukkan bahawa kemungkinan bagi anak-anak anda untuk mengalami alahan adalah kira-kira 40 peratus tetapi jika kedua-duanya (ibu dan bapa) mengalami sejarah alahan, kebarangkalian untuk anak-anak pasangan itu mengalami alahan meningkat kepada 80 peratus.

Selain faktor genetik, pendedahan terhadap persekitaran juga menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah alahan di kalangan kanak-kanak. Kehadiran haiwan peliharaan, seperti kucing, anjing dan arnab di rumah sedikit sebanyak boleh meningkatkan risiko alahan terhadap golongan itu.

Bagaimanapun, apabila menyedari si kecil anda alah terhadap haiwan peliharaan berbulu, anda boleh mengatasi masalah itu dengan tidak lagi membela haiwan berkenaan.

Namun begitu, bagaimana pula jika ia tidak dapat dielakkan, contohnya, haiwan peliharaan itu boleh ditemui di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah dan bulu haiwan peliharaan yang melekat pada pakaian kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan sendiri di rumah.

Selain haiwan peliharaan, lipas dan habuk permaidani juga boleh menyebabkan anak anda mengalami alahan. Bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika anda sentiasa menitikberatkan kebersihan di dalam dan di luar rumah dalam usaha mengurangkan masalah alahan.

Sebagai usaha memastikan anak anda tidak terdedah kepada masalah alahan, adalah lebih baik untuk memberinya susu badan atau susu soya sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilahirkan selain melewatkan pemberian makanan pepejal kepada mereka (selepas berusia enam bulan).

Cara mengatasi dan mengawal alahan di kalangan kanak-kanak


1) Elak menggunakan permaidani.

2) Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur.

3) Pastikan anda sentiasa menutup tingkat pada sebelah malam dan awal pagi untuk mengelak dan mengurangkan risiko pendedahan terhadap pencemaran udara.

4) Elakkan faktor yang boleh mendedahkan anak anda kepada masalah radang seperti bau-bauan atau pewangi dan asap rokok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...