Thursday, May 10, 2012

(Tips) - Finger Food Untuk Anak Anda?



Anda suka memberikan finger foods kepada bayi anda? Finger food bermaksud makanan yang diberi kepada bayi apabila bayi boleh memegang objek dengan menggunakan tangannya sendiri. Kebanyakan bayi berumur 8 hingga 10 bulan sudah boleh diberikan finger food ini. Ia diberikan adalah berujuan untuk menambahkan tenaga dan zat  kerana bayi di peringkat ini memerlukan banyak nutrien bagi tujuan tumbesaran. Tetapi harus diingat bahawa anda tidak boleh memberikan finger food sewenang-wenangnya kepada bayi anda kerana di peringkat usia sebegini, bayi akan memasukkan apa saja objek yang dipegangnya. Jadi anda haruslah mengikut cara yang betul. Di antara ciri-ciri bayi yang boleh diberikan makanan finger food ialah:

1. Apabila bayi boleh merangkak dan berdiri tanpa sokongan.

2.Memegang dan menggenggam objek dengan baik menggunakan tangan.

3.Boleh mencubit atau boleh mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk.

4.Boleh mula minum dengan cawan.

5. Boleh mengigit dengan baik.

6.Menunjukkan minat pada hidangan makanan. Jangan berikan finger food jika bayi masih belum mengenal erti makanan.

7. Dua gigi hadapan telah tumbuh. Ini bagi memastikan bayi boleh mengunyah dengan sempurna sebelum makanan sampai ke dalam perut.

Berikan bayi anda makanan finger foods seperti buah-buahan mentah yang lembut, biskut / roti yang lembut. Potongan ikan/ ayam/daging yang lembut juga boleh diberikan. Pastikan makanan tersebut dipotong kecil-kecil supaya mudah dipegang dan lembut agar bayi anda tidak tercekik.

Sumber : http://pakarpemakanan.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...