Friday, May 11, 2012

Info - Kembung Perut Pada Bayi


Bayi menangis di waktu malam memang merunsingkan kita. Bayi biasanya akan menangis apabila kembung perut. Ini disebabkan angin yang memasuki perut.

Kenalpasti Simptom

Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa anda ketahui sebabnya dengan jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda biasanya bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan. Apabila perut bayi kembung, bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.

 

Penyebab kembung

 

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kes sebegini. Antaranya : 
  • Alahan terhadap laktosa (biasanya terdapat dalam susu)
  • Ketidakmatangan usus. Keadaan usus yang kurang matang akan menyebabkan pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna. Ini akan menyebabkan angin akan lebih mudah memasuki perut.
  • Amalkan kaedah sendawa dengan betul selepas meyusukan bayi tidak kira sama ada menyusu badan atau botol.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut kerana bayi tidak mendapat udara yang bersih.
  • Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi.
  • Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

 

Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?

 

Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut. Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayi anda. Dan ini akan menganggu urusan harian anda. Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita yang bekerja.

Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?

 

Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Tidak ada rawatan khusus untuk perut kembung. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor akan memberi ubat dimethicone bagi mengurangkan simptom kembung. Anda boleh mengamalkan langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi ini di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising dan cubalah bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat. jangan menyapu minyak angin kepada bayi terlalu kerap kerana kulit bayi yang lembut masih kurang sesuai untuk disapukan minyak angin.

Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?

 

Jika bayi anda mengalami simptom-simptom berikut :
  • Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan.
  • Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda tiba-tiba demam.
Bawalah bayi anda berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?

 

  • Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul.
  • Gunakan saiz puting yang sesuai.
  • Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak memudaratkan
  • Bawalah bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda mengalami kembung lebih dari seminggu.

Sumber : cybermedik.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...