Thursday, May 10, 2012

Info - Elakkan Bayi Anda Dari Tersedak Susu


Awal tahun 2012 ni kita dikejutkan dengan beberapa kes bayi meninggal akibat tersedak susu (betul ke?). Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada kes macam ni. Baik kes terjadi kat rumah ataupun kat rumah pengasuh (nursery). Bila dah jadi kes macam ni, masing-masing mesti tak senang duduk. Risau 25 jam. 

First of all, kita kena tahu, apa sebab bayi boleh tersedak susu? Pernah dengar orang dewasa tersedak air? Mesti pernah kan? Kalau orang dewasa yang dah berpuluh tahun pengalaman minum air pun boleh tersedak, inikan pula budak keil yang baru je beberapa bulan tengok dunia. So, dari pembacaan saya dari akhbar, berikut antara sebab-sebabnya :
  • Bayi terus tertidur semasa minum susu - Ini adalah faktor yang paling penting. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. 
  •  lubang puting botol yang terlalu besar - menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  • Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
  • Si pemberi susu mengantuk - jika anda tertidur ketika menyusukan bayi anda, anda tidak dapat merasakan yang bayi anda sedang minum dengan betul. Jadi kemungkinan bayi untuk tersedak amatlah tinggi!
Bagaimana cara yang betul menyusukan bayi?
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sebaiknya jangan pilih puting berlubang biasa,. Pilihlah puting berlubang pangkah supaya kadar pengaliran susu tidak terlalu laju.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi supaya tiada angin masuk ke mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Jadi, jika ada sesuatu berlaku pada bayi anda, anda dapat mengetahuinya lebih awal!
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur, walaupun bayi anda sudah mengantuk dan memejamkan matanya.Jangan risau sekiranya bayi anda akan hilang rasa mengantuk jika anda mengangkatnya. Selalunya, bayi akan tetap rasa mengantuk kerana mereka sudah pun kenyang susu. jika kita kenyang, pasti kita pun akan turut rasa mengantuk bukan? Begitu juga bayi.
  • TOLONG jangan tinggalkan bayi anda menyusu sendirian kerana bayi tidak tahu memegang botol dengan betul. Pegangkan botol untuknya bagi memastikan kejadian tidak diingini tidak berlaku. Apalah salahnya bersusah sedikit, asalkan bayi anda selamat dan kenyang. Kan?
Semoga bermanfaat!

Sumber : scaniaz.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...