Tuesday, January 18, 2011

Tips - Panduan Memilih Saiz Lampin Bayi

Kadang kala, memilih saiz lampin yang tepat juga memberikan masalah kepada kaum ibu kerana tidak mahukan sebarang pembaziran berlaku jika tersalah saiz lampin yang dibeli berlainan dengan saiz sepatutnya. Jika boleh ditukar kepada saiz lain, ia tidak akan menjadi masalah.

Tambahan pula, ada sesetengah jenama lampin, yang saiz dan ukuran standardnya berbeza dengan jenama yang lain. Namun bagi yang masih keliru dan masih belum tahu, panduan di bawah boleh diguna pakai bagi memilih saiz yang tepat untuk bayi anda.

1) Saiz S - Untuk bayi yang mempunyai berat 3-7kg
2) Saiz M - Untuk bayi yang mempunyai berat 6-11kg
3) Saiz L - Untuk bayi yang mempunyai berat 9-14kg
4) Saiz XL - Untuk bayi yang mempunyai berat 13-19kg
5) Saiz XXL - Untuk bayi yang mempunyai berat 18kg dan ke atas

Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar anggaran sahaja. Semuanya bergantung kepada keselesaan dan keadaan bayi anda.

Penentuan saiz lampin tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz lampin yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz lampin yang bersesuaian demi keselesaannya.
Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz lampin yang bersesuaian adalah XL. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...