Tuesday, January 18, 2011

Info - Diapers dan Penjagaan Kebersihan


1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai lampin melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai lampin dari jenis plastik (non-breathable).

3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian lampin tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. Lampin yang baik adalah lampin yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada lampin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...