Monday, January 24, 2011

Info - Tanda Alahan Pada Kanak-Kanak Dan Cara Mengatasinya

ALAHAN boleh berlaku kepada sesiapa saja, tanpa mengenal usia dan bangsa. Alahan adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu alah terhadap sesuatu bahan termasuk makanan seperti ketam dan sotong.

Seseorang itu boleh mengalami alahan apabila tersedut atau terhidu bahan tertentu seperti habuk atau mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan terhadap mereka.

Tanda-tanda alahan :

1) Bersin.

2) Gatal-gatal hidung.

3) Hidung tersumbat.

4) Berhingus.

5) Mata terasa gatal-gatal.

6) Mata menjadi kemerah-merahan dan seperti menangis.

7) Kadangkala batuk.

8) Lelangit terasa gatal.

9) Nafas berbunyi.

Jika anak anda mengalami alahan, ada kemungkinan ia berpunca daripada dua faktor gabungan iaitu genetik ataupun persekitaran.

Sebagai ibu bapa, jika anda ataupun suami mempunyai sejarah alahan, ini menunjukkan bahawa kemungkinan bagi anak-anak anda untuk mengalami alahan adalah kira-kira 40 peratus tetapi jika kedua-duanya (ibu dan bapa) mengalami sejarah alahan, kebarangkalian untuk anak-anak pasangan itu mengalami alahan meningkat kepada 80 peratus.

Selain faktor genetik, pendedahan terhadap persekitaran juga menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah alahan di kalangan kanak-kanak. Kehadiran haiwan peliharaan, seperti kucing, anjing dan arnab di rumah sedikit sebanyak boleh meningkatkan risiko alahan terhadap golongan itu.

Bagaimanapun, apabila menyedari si kecil anda alah terhadap haiwan peliharaan berbulu, anda boleh mengatasi masalah itu dengan tidak lagi membela haiwan berkenaan.

Namun begitu, bagaimana pula jika ia tidak dapat dielakkan, contohnya, haiwan peliharaan itu boleh ditemui di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah dan bulu haiwan peliharaan yang melekat pada pakaian kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan sendiri di rumah.

Selain haiwan peliharaan, lipas dan habuk permaidani juga boleh menyebabkan anak anda mengalami alahan. Bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika anda sentiasa menitikberatkan kebersihan di dalam dan di luar rumah dalam usaha mengurangkan masalah alahan.

Sebagai usaha memastikan anak anda tidak terdedah kepada masalah alahan, adalah lebih baik untuk memberinya susu badan atau susu soya sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilahirkan selain melewatkan pemberian makanan pepejal kepada mereka (selepas berusia enam bulan).

Cara mengatasi dan mengawal alahan di kalangan kanak-kanak


1) Elak menggunakan permaidani.

2) Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur.

3) Pastikan anda sentiasa menutup tingkat pada sebelah malam dan awal pagi untuk mengelak dan mengurangkan risiko pendedahan terhadap pencemaran udara.

4) Elakkan faktor yang boleh mendedahkan anak anda kepada masalah radang seperti bau-bauan atau pewangi dan asap rokok

Wednesday, January 19, 2011

Products - B Plus Cloth Like Diapers



Memperkenalkan B Plus Cloth Like Diapers. Lampin berasaskan cotton yang menjanjikan keselesaan buat si kecil anda. Kualiti lampin ini adalah setanding dengan Maman Babyku.Sebagai permulaan, kami menyediakan Starter Pack (30 keping setiap pek) khas buat anda yang mahukan penjimatan.

Saiz adalah terhad iaitu dari saiz M,L dan XL sahaja memandangkan saiz S telah pun habis dijual.
Antara ciiri-ciri yang terdapat pada lampin ini :

1) Cloth Like material - Jaminan keselesaan buat bayi anda.
2) 2 layer leak guard - Lapisan penghalang kebocoran berganda.
3) Super absorbent polymer - Kadar serapan tinggi.sehingga 3 kali kebasahan.
4) Magic Tape (velcro) - Pelekat yang boleh dilekat berulangkali, kalis minyak, air dan bedak.

Walaubagaimanapun, tiada Magic Tape pada lampin saiz L. Hanya terdapat pelekat plastik biasa yang kuat dan tahan lama.

Harga permulaan bagi lampin ini :

M30 - RM12.50 (velcro)
L30 - RM13.00 (plastic tape tanpa velcro)
XL - RM15.00 (velcro)

Nota : stok akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tuesday, January 18, 2011

Info - Ruam Lampin




BAGAIMANA BERLAKU?

Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin
mudah terjadi ialah:

- Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
- Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
- PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
- Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.
- Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.
SIMPTOM

Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:
  • Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
  • Kulit berasa kasar dan gatal.
  • Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air).

Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk.
Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah.
PENCEGAHAN

Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih m
enyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.
RAWATAN

Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar.
Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
(credit to berundu laut, S.Alam)

Info - Diapers dan Penjagaan Kebersihan


1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai lampin melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai lampin dari jenis plastik (non-breathable).

3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian lampin tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. Lampin yang baik adalah lampin yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada lampin.


Tips - Panduan Memilih Saiz Lampin Bayi

Kadang kala, memilih saiz lampin yang tepat juga memberikan masalah kepada kaum ibu kerana tidak mahukan sebarang pembaziran berlaku jika tersalah saiz lampin yang dibeli berlainan dengan saiz sepatutnya. Jika boleh ditukar kepada saiz lain, ia tidak akan menjadi masalah.

Tambahan pula, ada sesetengah jenama lampin, yang saiz dan ukuran standardnya berbeza dengan jenama yang lain. Namun bagi yang masih keliru dan masih belum tahu, panduan di bawah boleh diguna pakai bagi memilih saiz yang tepat untuk bayi anda.

1) Saiz S - Untuk bayi yang mempunyai berat 3-7kg
2) Saiz M - Untuk bayi yang mempunyai berat 6-11kg
3) Saiz L - Untuk bayi yang mempunyai berat 9-14kg
4) Saiz XL - Untuk bayi yang mempunyai berat 13-19kg
5) Saiz XXL - Untuk bayi yang mempunyai berat 18kg dan ke atas

Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar anggaran sahaja. Semuanya bergantung kepada keselesaan dan keadaan bayi anda.

Penentuan saiz lampin tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz lampin yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz lampin yang bersesuaian demi keselesaannya.
Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz lampin yang bersesuaian adalah XL. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Monday, January 17, 2011

Lokasi & Penghantaran

Lokasi kami berpusat di Seksyen 19, Shah Alam Selangor. Para pelanggan dan bakal pelanggan boleh menghubungi 017-6688 058 untuk temujanji.


View Larger Map


Penghantaran di luar kawasan Shah Alam seperti Alam Megah, Padang Jawa, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Putra Heights, Bukit Rimau dan Kg. Jalan Kebun akan dibuat sekiranya belian melebihi RM120.00. Penghantaran adalah percuma. Caj minimum RM7.00 akan dikenakan bagi sekali penghantaran untuk tempahan kurang dari 5 pek atau belian kurang RM120.00

Walaubagaimanapun, penghantaran di sekitar Shah Alam hanya akan dibuat sekiranya belian melebihi RM80.00. Penghantaran adalah percuma. Caj minimum RM5.00 akan dikenakan bagi sekali penghantaran untuk tempahan kurang dari 3 pek atau belian kurang RM80.00

Nota : Corak dan warna Lampin Pakai Buang yang kami kirimkan bergantung pada stok sedia ada.Mungkin warna dan design tidak seperti gambar yang kami paparkan

Sunday, January 16, 2011

Products - B Grade Cloth Like Diapers


Ciri - ciri yang terdapat pada B Grade Cloth Like Diapers ini termasuklah :

Cloth Like Material - Material kain yang membuat bayi berasa selesa
Absorbent polymer - menyerap dengan pantas (lebih jimat)
Leak Guards - menghalang bocoran di bahagian tepi, sesuai di waktu siang atau malam
Pelekat plastik - melekat kuat dan sukar tertanggal.

Products - Maman Babyku


Maman Babyku merupakan lampin yang diimport dari Korea tetapi telah dipatenkan di Malaysia.Di antara ciri-ciri diapers Maman adalah seperti berikut:


1) Cloth-like material - tebal dan tahan lama,menjadikan bayi berasa lebih selesa.
2) Super Absorbent Polymer - kadar resapan yang tinggi, sesuai dipakai siang atau malam.
3) Magic Tape (velcro) - boleh lekat berulang kali, Kalis air,minyak dan bedak
4)2 layer Leak Guard - perlindungan berganda bagi mengelakkan kebocoran

Tempahan atau pertanyaan? Hubungi 012 - 651 8408 untuk maklumat lanjut.

Selamat Datang 2011

Salam 1 Malaysia..

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat Tahun Baru kepada seluruh warga Malaysia. Tahun baru, azam baru. Diharapkan azam yang tahun2 lepas tu boleh lah capai tahun ni ye?. Memandangkan sekarang ni harga barang makin 'berlumba-lumba' naik, kami menjual lampin bayi pakai buang dengan harga yang murah, sesuai dengan kehendak poket anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...